Sunday, April 5, 2009

Sentuhan Ajaib Ross Brawn



Perlumbaan pertama kejuaraan F1 bagi musim 2009 di Grandprix Australia Melbourne pada 29 mac yang lalu mengemparkan ramai peminat kerana pendatang baru dalam kejuaraan itu berjaya merangkul kedudukan ditempat pertama dan kedua. Memecah dominasi pasukan lebih ternama seperti McLaren Mercedes dan Ferrari yang sebelum ini menjadi Tumpuan pada setiap kali perlumbaan.
Mungkin ini semua adalah hasil dan kesungguhan pemilik pasukan Brawn GP yang sanggup berbuat apa sahaja untuk menyelamatkan sebuah pasukan yang dahulunya dipertanggungjawabkan kepadanya sebagai ketua pasukan Honda F1 sejak November 2007

Namun kegawatan ekonomi yang melanda dunia pada penghujung tahun 2008 memaksa pasukan yang beribu pejabat di Britain itu mengundurkan diri kerana tidak lagi mampu menanggung kos sebanuak lebih kurangRM1.08 billion setahun untuk terus bersama kejuaraan F1 ini.
Dengan bantuan dari Bernie Escclestone iaitu supremo F1, pasukan itu kembali menyertai kejuaraan ini dengan menggunakan nama baru iaitu Brawn GP
Dan apa yang menyebabkan pasukan ini tampak hebat adalah kerana usia pasukan yang boleh dianggap terlalu muda ,namun dengan pelumba mereka iaitu jenson Button dan Rubens Barrichello, pasukan ini bukan sahaja mampu mengutip mata pada perlumbaan sulung mereka malah berjaya pula memungut mata tertinggi pada kedudukan 1-2 lantas melonjakkan nama pasukan baru ini di kedudukan teratas kejuaraan dengan 18 mata setakat selesai perlumbaan pusingan pertama itu. Ia sesuatu yang cukup hebat.
Namun mengimbas kembali pada sentuhan ajaib yang dimiliki oleh pemilik pasukan ini ia tidak harus dipandang lekeh pada kemampuan dan potensi yang mereka miliki.
Memiliki Ijazah kehormat kejuruteraan dari Universiti brunel, London. Pemilik pasukan ini iaitu Ross brawns yang berusia 54 tahun adalah orang yang berperanan penting terhadap kejayaan pasukan scuredia Ferrari dari itali yang sering kali mendominasi kejuaraan sebelum ini.
Pemilik pasukan yang dilahirkan di Manchester, England ini memulakan kerjaya serius dalam perlumbaan kereta ini pada tahun 1979 apabila menyertai pasukan formula 3 bersama march Enginering, yang ketika itu diketuai oleh Sir Frank William, kesungguhan Ross Brawn membolehkan nya dinaikkan pangkat ke jabatan penyelidikan dan pembangunan sebagai pereka earodinamik bagi kereta pasukan.
Ditawarkan pekerjaan bersama banyak pasukan lain seperti Arrows, F1 haas lola dan juga antara orang penting dalam Membina jentera yang menjuarai kejuaraan kereta sport dunia pada 1991 iaitu Jaguar XJR-14, akhirnya Ross Brawns kembali ke gelanggang F1 bersama-sama pasukan Benetton sebagai pengarah teknikal dan berjaya meraih kejayaan kategori pemandu a994 dan 1995 bersama Michael Schumacher selain menjuarai kelas pengeluar pada 1995.
Pada tahun 1996 Ross Brawn dan Michael Schumacher berhijrah ke Pasukan Scruderia Ferrari dan mendominasi kejuaraan selama 10 musim. Sebelum Ross Brawn mempertaruhkan kerjayanya dengan pasukan Honda F1.
Dan jika di imbas kembali pada pencapaian pemilik pasukan Brawn GP ini, maka tidak hairan lah jika pasukan baru ini akan nanti menjadi pasukan ternama, sebaris dengan Mclaren Mercedes atau Scruderia Ferrari.

No comments:

Post a Comment

Link Exchange

Followers

 

AutoSport Copyright 2009 ~ Blog Powered by Iblogger Studio - File Hosting by Ziddu.com - Forum Provider by Freeforums.org