Sunday, April 5, 2009

2009 F1 Round 2 Malaysia


Perlumbaan yang dilangsungkan di litar sepang seringkali dianggap sebagai perlumbaan yang amat sukar bagi rata-rata pelumba,terkenal dengan litar laju yang mencabar, ia ditambah lagi dengan kesukaran pasukan untuk meramalkan cuaca yang akan mereka hadapi,

kerap kali perlumbaan dilitar sepang berlangsung dalam keadaan dimana sesetengah bahagian litar kering, mana kala sesetengah bahagian litar pula basah, malah lebih teruk lagi, hujan lebat boleh menyebabkan perlumbaan dihentikan.

Perlumbaan pusingan kedua F1 musim 2009 dilitar sepang pada 5 April 2009 terpaksa dihentikan selepas hujan lebat tidak memungkinkan untuk mereka meneruskan perlumbaan dalam keadaan selamat.

Dengan perlumbaan lepas yang berlangsung di Australia dengan aksi-aksi mendebarkan, pastinya perlumbaan dimalaysia ini diharapkan dipenuhi aksi menarik dan mendebarkan, lebih dari pusingan lepas, namun perlumbaan yang hanya mampu bertahan selama 55 minit 30 saat itu mungkin tidak dapat memuaskan hati peminat perlumbaan ini.

perlumbaan yang bermula jam 5 petang itu berlangsung dengan cukup hebat,apabila Ruben Barrichello melakukan curve start yang cukup menarik semasa perlumbaan bermula. saingan sengit diselekoh pertama mampu membuat penonton cukup teruja dengan cubaan memintas dari pelumba dihadapan.

Button mendahului perlumbaan apabila hujan mula turun dengan lebatnya pada pusingan ke 22,dibelakangnya ialah Rosberg, Trulli dan Barrichello serta beberapa pelumba lain. dengan hujan yang lebat itu, ramai pelumba menghadapai kesukaran mengawal jentera, namun masuk pusingan ke 25, keadaan sudah mulai sedikit reda.

Tetapi pada pusingan ke 32 hujan terlalu lebat sekali dan bendera merah dikibarkan , menandakan perlumbaan terlalu bahaya dan perlu dihentikan, semasa bendera merah tersebut dikibarkan Button masih mendahului perlumbaan diikuti Glock, Heidfeld, Trulli, Barrichello, Hamilton, Rosberg, Webber, Massa, Bourdais, Alonso, Nakajima, Piquet, Raikkonen, Sutil, Vettel, Buemi dan Fisichella.

dan pada lebih kurang jam 6.52 petang, perlumbaan dengan rasminya dihentikan oleh pengarah perlumbaan, kedudukan perlumba diambil pada kedudukan ke 31 dan button berjaya sekali lagi menjadi juara,ditempat kedua ialah Heidfeld dan Glock ditempat ke tiga dan Trulli, Barrichello, Webber, Hamilton serta Rosberg dibelakang nya dengan mengumpul mata perlumbaan.manakala Massa, Bourdais, Alonso, Nakajima, Piquet, Raikkonen, Vettel, Buemi, Sutil dan Fisichella berjaya menamatkan perlumbaan tanpa mengutip sebarang mata pada perlumbaan ini.

peraturan perlumbaan menyatakan untuk perlumbaan yang berlangsung kurang dari 75% tetapi lebih dari 50% dari jumlah jarak perlumbaan, pemenang hanya diberikan setengah mata daripada jumlah mata perlumbaan penuh, Button setakat ini mengumpul 15 mata, Barrichello dengan 10 mata dan 8.5 mata bagi kedudukan kejuaraan setakat ini.

dan bagi kedudukan pengeluar pula, Brawn GP masih di tangga pertama dengan 25 mata mengatasi Toyota dengan hanya 16.5 mata.

perlumbaan F1 pusingan kedua dimalaysia kali ini mungkin lebih hebat jika hujan tidak menjadi faktor penamat perlumbaan, ianya pasti menarik jika perlumbaan dilangsungkan sehingga tamat, namun begitulah dalam dunia perlumbaan, jentera dan manusia sahaja tidak cukup untuk memberi keputusan perlumbaan, kerana dalam perlumbaan apa-apa pun boleh terjadi, dalam perlumbaan kali ini disepang, hujan menjadi penentu kejuaraan.





No comments:

Post a Comment

Link Exchange

Followers

 

AutoSport Copyright 2009 ~ Blog Powered by Iblogger Studio - File Hosting by Ziddu.com - Forum Provider by Freeforums.org